Price Range
    Themes
      Home > Products > Books & Media > Local books > Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan Amalan dan Analisis Kajian (Edisi kedua)
      Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan Amalan dan Analisis Kajian (Edisi kedua)
      enlarge
      • NULL
      • NULL
      • NULL

      Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan Amalan dan Analisis Kajian (Edisi kedua)

      Add to Compare
      RM98.00  
      Item details
      SKU: kota_buku_25
      Weight: 1 kg, 0 grams
      Stock: Stock available

      Brand: Padunation
        Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

      Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan Amalan dan Analisis Kajian ( edisi kedua ). Ditulis oleh Ghazali Darusalam dan Sufean Hussin. Diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya

      Buku ini membincangkan tentang kaedah penyelidikan terkini yang sangat eksklusif untuk bidang sains sosial, khasnya bidang pendidikan.

      Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian adalah sebuah buku kaedah penyelidikan terkini yang sangat eksklusif untuk bidang sains sosial, khasnya bidang pendidikan. Buku ini dapat menjadi rujukan penting kepada penyelidik dan sarjana yang berusaha mencari ilmu empirikal dan seterusnya menghasilkan laporan ilmiah atau tesis sarjana dan kedoktoran. Penulisan ini ditujukan khas kepada pelajar yang sedang menyiapkan kertas kajian/ kertas projek/ disertasi/ tesis dan seumpamanya di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah sama ada di kolej, Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Institusi PengajianTinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

      Buku ini mengandungi empat bahagian: ilmu dan penyelidikan, penyelidikan kuantitatif, penyelidikan kualitatif dan penyelidikan kaedah gabungan (mixed-methods). Bagi setiap kaedah/ kajian kuantitatif, kualitatif dan kaedah gabungan diperincikan lagi melalui subtopik yang berkaitan seperti; reka bentuk kajian, penulisan proposal kajian, kaedah pengumpulan data, pengurusan data, pengekodan data, populasi dan persampelan, kesahan dan kebolehpercayaan, ujian rintis, kerangka konseptual, teoritikal kajian, analisis statistik, penulisan laporan, dan format penulisan bibliografi mengikut APA (American Psychological Association) style.

      Buku ini ditulis menggunakan bahasa yang mudah, tidak terlalu teoritikal dan setiap subtopik ditulis secara terperinci dalam menghuraikan sesuatu fakta serta setiap paragraf mengandungi rujukan-rujukan yang relevan sebagai sandaran fakta yang dibahaskan. Buku ini juga dapat memandu penyelidik bagaimana mengoperasikan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) mengikut langkah demi langkah dalam penggunaan semua jenis statistik deskriptif dan inferensi. Dijelaskan juga bagaimana cara untuk menginterpretasi dan menganalisis data, dan akhir sekali menjelaskan bagaimana laporan ilmiah dibuat berdasarkan jenis penyelidikan yang digunakan.

      Tahun terbit:2018

      Jumlah halaman: 588

      Delivery Info

      Free Delivery for all Malaysia

      Cash on delivery not available

      Payment Methods