Lawatan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) ke Galeri Desamall di MARA Halal Industrial Park (MHIP)
Khamis, 16 Mei 2024. Lawatan pihak pengurusan KEJORA yang diketuai oleh Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil di Galeri Desamall. Semasa lawatan ini, pihak KEJORA diberi taklimat ringkas oleh En, Ahmad Shah, Pengarah Urusan Elokal Sdn Bhd, Pentadbir Desamall mengenai fungsi Galeri Desamall dan produk-produk usahawan yang dipamerkan.
Deligasi KEJORA juga diberi taklimat khas mengenai penggunaan teknologi RFID dalam pengurusan stok usahawan Desamall.










